Beli Samsung Portable SSD T5 500GB dengan harga kurang dari RM490 (Termasuk kos penghantaran dan pengendalian) (ms_MY)


Jika anda sedang mencari-cari SSD luaran, sekarang ialah masa terbaik untuk membeli Samsung T5 Portable SSD - 500GB dari Amazon.com. Pada ketika penulisan ini, SSD ini disenarikan dengan harga RM426.71 + RM59.19 Penghantaran & Deposit cukai ke Malaysia, menjadikan jumlah harga sebanyak RM485.90.

Jika anda merasakan yang anda tidak memerlukan SSD berkapasiti sebanyak itu dan merasakan anda boleh menjimatkan wang dengan mengambil SSD yang berkapasiti 250GB sahaja, ianya adalah betul kerana anda memang boleh menjimatkan wang tetapi ianya hanya jimat sebanyak RM3.15 sahaja. SSD berkapasiti 250GB disenaraikan dengan harga RM423.96 + RM58.79 Penghantaran & Deposit cukai ke Malaysia, menjadikan jumlah harga sebanyak RM482.75. Jadi adalah lebih untung jika anda mendapatkan yang berkapasiti 500GB.

Anda boleh mendapatkan SSD ini dari laman web Online Shopping Malaysia dengan harga sekitar RM650++ untuk yang berkapasiti 500GB.

SSD ini sangat laju dengan kelajuan read-write sehingga 540 MB/s, dan ianya sangat kecil dan ringan. Jika anda berminat and bolehlah mengikuti pautan ke penyenaraian di Amazon.com di bawah:


Samsung T5 Portable SSD - 500GB - USB 3.1 External SSD (MU-PA500B/AM)


1 comment:

  1. Kalau bajet no hal boleh ambik model baru Samsung X5 Portable SSD dgn read/write 2,800/2,100 MB/s https://www.amazon.com/Samsung-Portable-SSD-Thunderbolt-MU-PB1T0B/dp/B07GBGG68L/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.