Bolehkah membuat duit dengan mengambil kajian berbayar di talian? Saya mencubanya selama SETAHUN dan ini yang saya temui (ms_MY)


Saya telah lama mengetahui tentang kajian berbayar di talian tetapi belum pernah mencubanya sendiri. Lebih kurang setahun lalu saya telah membuat keputusan untuk mencubanya sendiri dan setelah membuat penyelidikan tentang laman web kajian berbayar di talian manakah yang terbaik, saya mendaftar dengan Price Rebel - Paid Surveys For Money. Jadi mari kita terus ke penemuan saya setelah mencubanya selama lebih setahun:

  1. Anda betul-betul dibayar. Terdapat beberapa cara pembayaran yang boleh dipilih: Amazon Gift card, Paypal Money, Prepaid Visa Card, Online Game card (Blizzard, Steam dsb.) dan Dwolla. Saya memilih Amazon Gift Card kerana ianya yang paling mudah bagi saya.
  2. Mendapat bayaran adalah susah: Jumlah kajian yang layak untuk diambil adalah sedikit (Sekurang-kurangnya untuk pengguna dari kawasan Malaysia).
  3. Banyak penyikiran kerana kebanyakan kajian-kajian ini memerlukan kriteria-kriteria yang spesifik (contoh: umur tertentu, jumlah pendapatan, dari negeri tertentu dsb.)
  4. Anda masih boleh tersingkir walaupon telah menyiapkan hampir separuh dari kajian.
  5. Anda boleh mendapat sehingga 80 mata dari kajian yang berbayaran tinggi yang mana ianya bersamaan dengan 80 sen USD. Ganjaran minima ialah  $5 USD, jadi anda memerlukan sekurang-kurangnya 500 mata untuk mendapatkan ganjaran.

Berapa banyak yang saya perolehi dalam setahun lepas?: $55 USD


Saya cuba untuk memeriksa kajian setiap hari bekerja disebelah pagi. Kebiasaanya tiada kajian untuk diambil dan jika ada, kemungkinan untuk disingkir adalah tinggi. Tetapi anda boleh melengkapi dua atau tiga kajian sebulan dan pada bulan-bulan yang bagus anda boleh mendapatkan sehingga 1000 mata sebulan.

Kesimpulan:

Ya, anda memang boleh membuat duit dengan mengambil kajian di talian tetapi ianya bukanlah boleh dia jadikan sebagai sumber pendapatan harian. Tetapi jika anda ingin membuat duit poket tambahan maka ini adalah untuk anda, jadi cubalah sendiri. Anda boleh klik pada pautan rujukan saya ini: Price Rebel - Paid Surveys For Money

1 comment:

  1. An English (EN) version of this article can be found here: https://www.senangkacang.com/2018/12/can-you-make-money-doing-surveys-online.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.